www.filecrop.com Megaupload Rapidshare

Wednesday 14 December 2011

(Tips) Xpayah usha-usha la...follow je terus neh..ehehe

Ahaha..hallow frenz..xpayah la usha-usha...Sy biase-biase je la..juz nk ramaikan kenalan yg ade je..N nk kongsi cket dgn member-member ceter terbaru..Korang post la,nt cnfirm dibacanye posting korang tu..ha,dan xlupe jgk ye..selesai membace t0o,same-same la kite bg komen sikit-siket sorang..moga2 blog kite semua nie akn mnjadi blog yg paling aktif..Yang penting ,rajin-rajinkan jari anda untuk follow seberapa banyak blog yang boleh ,nt cnfirm tuan empunya blog pn akan follow korang balik..hee

Tuesday 1 November 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??


Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..


Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Wednesday 28 September 2011

7 wanita bertanya,1 lelaki menjawab..

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.


Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!




Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.






Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.


Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaanKaum lelaki pula cakap,
“Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.




Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan :
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.




Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.




Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.






Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.




sumber dari:http://avrschascha.blogspot.com/2011/08/7-perempuan-bertanya-seorang-lelaki.html

Monday 19 September 2011

Satu perkenalan,Satu hubungan & Satu percintaan(my QZ)

“Takku sangka  perkenalan kita sejak zaman persekolahan  lagi telah menyatukan kita sehingga ke hari ini.ku percaya ,rintangan yang telah kita  lalui dan dugaan yang akan kita tempuhi adalah untuk menguji kekuatan cinta kita..tp kadangkala aku takut untuk memikirkan camne sesudahan kita ..ku berharap Qifahsariz akan bersemi buat selama-lamanya.sesungguhnya aku bersyukur padaMu ya Allah kerna Engkau telah mengurniakan aku teman hidup yang membuatkan kehidupanku lebih bermakne.aku sedar,aku hanya manusia biasa yang serba kekurangan dan xada apa-apa untuk dibanggakan tapi percayalah,aku mempunyai sekeping ahti yang ikhlas untuk diberikan padamu..seandainya engkau mengerti harapanku..time kasih abg kerna sudi menerima diriku seadanya dan sanggup susah senangsama-sama..ku berharap agar engkau menyangiku sepertimana aku menyangimu sepenuh hatiku......”12:04 am..9/6/2010
Cinta sejati  tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan sayang.....Kte bersame x100% turut agame,stiap sntuhan itu pasti ade ujiannye...Sbarlah syagku ,Stu ari  nt pasti ade chaye utk kite.....Qifahsariz tetap selamanye  itu janjiku pd mu...-apiqz

Friday 16 September 2011

Tips Penjagaan Lampu Kereta



Kita tidak harus beranggapan bahawa lampu kereta hanya untuk kegunaan pada waktu malam. Ada ketikanya perjalanan pada siang hari membawa ke sebelah malam. Lampu brek, misalnya digunakan sepanjang masa. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, lampu harus berfungsi.

Lampu kenderaan sama ada depan atau belakang perlu sentiasa berkeadaan baik bagi membolehkan anda melihat dengan jelas pada waktu malam selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat kereta anda.

Anda perlu faham dan sedar mengenai pentingnya semua lampu pada kenderaan diuji dan diselenggara dengan baik. Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri pada lampu kenderaan dengan memeriksa setiap penutupnya bagi memastikan tidak berlaku keretakan yang boleh menjejaskan pancaran lampu.

Harus diingat, setiap lampu kenderaan adalah berpasangan serta mempunyai penutup yang sama berwarna putih dan kuning. Jika satu daripada lampunya tidak berfungsi, pasangannya turut mengalami masalah.

Selain itu, anda juga perlu memeriksa pemantul cahaya yang biasanya bersalut aluminium bagi mengelakkan ia tidak terguris atau berkarat. Jika ia tercalar, seluruh pemantul perlu diganti kerana boleh menjejaskan kuantiti pancaran.

Anda boleh membersihkan pemantul itu dengan kain bersih, sabun dan air tetapi jangan sekali-kali gunakan penanggal karat, penggilap atau bahan kimia lain kerana ia boleh merosakkan salutan aluminium itu.

Untuk mengesan kerosakan lampu brek, lampu mengundur atau lampu isyarat membelok, anda perlu memeriksa belakang kenderaan dan minta bantuan rakan bagi menghidup enjin, memasang suis lampu atau menekan brek.

Sekiranya lampu masih menyala selepas brek dilepaskan, bermakna suis di bahagian pedal brek anda mengalami kerosakan tetapi jika sebaliknya, periksa lampu, pemegangnya, sambungan wayar dan fius.

Kaedah yang sama boleh dilakukan bagi memeriksa lampu lain termasuk lampu depan, lampu isyarat membelok dan lampu sorot. Anda boleh juga meminta bantuan mekanik atau pusat servis untuk memeriksa lampu dan brek berkenan. Sekiranya lampu kenderaan berkelip-kelip, anda perlu periksa sistem pendawaian elektrik, kedudukan lampu dan sambungannya kerana kerosakan pada penebat wayar menyebabkan litar pintas.

Jika satu lampu tidak menyala, anda perlu memeriksa lampu dan kedudukan kabelnya kerana kerosakan itu mungkin berpunca lampu rosak, hubungan lampu dan kabel kurang baik atau kabel terputus. Sekiranya kedua-dua lampu tidak menyala, masalah itu mungkin disebabkan fius terputus. Keluarkan fius itu daripada kotak khas dan periksalah keadaannya. Jika fius putus atau rosak, ia perlu diganti tetapi harus sama nilainya dengan yang asal kerana kekuatan fius boleh diketahui melalui tulisan pada bekasnya. Jika ketika itu anda tidak memiliki fius simpanan, gunakan fius dari bahagian lain yang tidak terlalu diperlukan.

Mengesan kerosakan dan membaiki lampu:

1. Kerosakan pada lampu brek kenderaan anda boleh berpunca daripada mentol yang terbakar, lampu tidak dipasang dengan baik, suis lampu brek tidak berfungsi atau fius putus.

2. Sekiranya hanya satu lampu brek berfungsi, ia mungkin berpunca daripada mentol yang terbakar atau hubungan antara lampu dan kedudukannya kurang baik.

3. Untuk memeriksanya, anda perlu membuka penutup bahagian yang tidak menyala dan keluarkan mentolnya. Kemudian periksa mentol berkenaan menggunakan bateri.

4. Sekiranya selepas diuji lampu masih tidak menyala, bermakna mentol terbakar dan ganti dengan yang baru tetapi sekiranya menyala, mungkin ia disebabkan hubungan antara mentol dan kedudukannya tidak sempurna.

5. Jika kedua-dua lampu brek tidak menyala, besar kemungkinan berpunca daripada fius yang terbakar atau kerosakan pada suis penyalaannya.

6. Jika fius terbakar, ganti dengan fius baru atau gunakan fius pada bahagian lain yang kurang diperlukan terlebih dulu tetapi jika suis penyalaannya rosak, anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel untuk diperiksa.